Thursday, May 24, 2007

Akulah Pengembara itu...

Akulah pengembara itu..
Yang memulakan langkah girang dan segar
Semangat muda yang menyala-nyala
Oh..manisnya perjalananku ini
Tapi aku hairan kesannya
terasa pahit membekas dijiwa
makin lama aku berjalan ini
makin lelah kurasa
banyak masa terbuang disini
namun apa yang aku cari
seakan lari dari ku...
bila kudapat...
palsu belaka

Akulah pengembara itu
hampir separuh perjalananku ini
apa yang sebenarnya
yang aku cari-cari itu?
tak lain dari dahagakan
kebahagiaan yang sejati..

Namun ditengah jalan
yang kujumpa
cahaya samar yang mengoda..
lalu aku tersesat jalan
dari diri sendiri
kecewa.....
amat kecewa

Kenapa segalanya pudar dan palsu?
dimana cahaya itu?
Ah...dan durinya dan racunnya
payah dan sukar
Inikah dunia?!
yang menjanjikan aku
bahagia itu dulu?

Jatuh dan terluka..
ku kutip sisa-sisa
Imanku..
dan bangun lagi

Akulah pengembara itu...
lemah dan longlai
ditipu dunia
janji dan main-mainnya...
Oh tuhan Ya rabbi!
jalan apakah yang kutempuh jua ini?!

Sudah pedih rupanya
urat-urat kaki ini berjalan yang sia-sia
tapi kerana rahmatmu
yang maha mengasihani
aku dapat juga bernafas lega..
sebab
aku kini berjalan pulang

Demi tuhan
aku merugikan diriku
Namun kini
akulah pengembara itu
yang telah sedar
dari ngerinya mimpi-mimpi
yang aku sendiri menciptakannya..
aku kini tidak lagi
sesegar bugar dulu
namun dingin hati ini
dari nafsu dan syahwat
ghairah mencari...
erti sebenar bahagia
oh! Kenapa?
sedang bahagia berdiri disini
tempat tuhan memberikan nurnya..
hati yang aman ini
kerana jauhnya perjalanan ku ini
membuat aku insaf
aku rupanya
dibawa nafsu ku sudah jauh
sedang akal menimbang salah

rupanya semangat kembara
masih dijiwa..
dan kini
aku berjalan lagi
sedar diri

Aku ini pengembara senja
singgah sebentar di alam yang fana
kujumpa syurga
dalam hati yang tekun dan qanaah
bahagiaku
dalam mengingati yang maha kuasa
selagi aku masih disini
berjanji aku pada diri
supaya kuat hati dan iradah
ini tempat aku menanam
ditempat lain aku menuai...

Perjalanan ku kali ini
kutempuh suci hati
Ya Rabbi
kuharap ampunan mu
Iya! benar akulah pemgembara itu
dungu dan bebal
yang kerana rahmat tuhan kini
berjalan pulang

Walau dengan urat kaki yang lengoh
dan keringat membasah muka
namun puas
dapat kutemui
jalan menuju bahagia...
cerah sudah mata hati...
tiada lagi yang gelap dan samar didepan ku
Ya Rabbi.....!
dengan rahmatmu belaka.

Biarkan diri mu...

Biarkan diri mu...
Menjadi bagai bunga putih yang kepingin kembang
atau seperti bulan yang mendapat cahayanya dari matahari
Begitu engkau dengan tuhan mu...
Begitu engkau
dengan tuhan mu...
Begitu
Engkau
Dengan
Tuhan mu.